telah lama tempat perkongsian cerita kami ini tertinggal terbiar, mungkin kerana saya ketandusan ilham untuk mencoret liku-liku hidup sebagai papa & suami, jarak fizikalku dari yang tersayang benar2 mengosongkan jiwaku.
isteri kesayanganku pula, tabah brani lebih2 lagi dalam bulan Ramadhan ini, terlalu tinggi pergorbanannya, memikul beban, menjadi mama & papa pada masa yang sama kepada kedua puteriku, hanya antara dirinya & yang Maha Esa mengetahui dugaannya, 6 bulan tanpa suami di sisi.
5 minggu lagi sayang, berjauhan darimu selama ini membuatku lebih mengenali diri, dan menguatkan peganganku bahawa engkaulah satu2nya buatku.
nukilan ikhlas seorang suami yang merindui isterinya dalam kelas undang2, mujur ade QWERTY keyboard = )
My CL's Journey to Oxford
4 years ago
0 ♥ly comments:
Post a Comment