Thursday, September 4

tersangat sibuk

sekarang ni tengah melalui proses meyesuaikan diri dengan bidang dan tempat kerja baru yang jauh berlainan dari yang dulu. bila berada diluar zon selesa yang sudah biasa dilalui, mulalah rasa gabra, keliru, tidak selesa. tapi dulu pernah dengar miss j cakap, kalau tak silaplah, "sesuatu yang tidak biasa dilakukan, bila dibiasakan, akan menjadi kebiasaan". harapnya macam tulah, only time will tell.

rasanya bila we all mula blog ni, tujuan asal nak berkongsi tentang experience sebagai suami isteri ni cam mana dsbgnya, tapi entahlah dah melencong banyak kearah rumahlah, babylah, agaknya tula part and parcel of mendirikan rumahtangga ni.

sekarang dah masuk minggu ke-25 1/2 rynn mengandung, perkembangan terbaru sekali dari bentuk fizikal rynn yang berubah secara mendadak. Badannya membesar, perut semakin bulat, jari2 semakin comel sebab dah gemok2. Si baby pulak dok tersangatlah aktif menjalankan aktiviti bergerak sana sini dalam perut, dah boleh nampak sangat dia bergerak, visible babe mmg terujalah sebab pertama kali tengok perut bergerak2 dengan sendirinya, tak tahulah apa perasaan rynn, yang pasti i mmg lah cemburu sebab mmg sah sampai bila2 i takkan dapat merasai benda camtu. Nak tahu apa rynn rasa? kenelah tanya dia sendiri =p

oh ye, selamat berpuasa kawan2!

2 ♥ly comments:

hana_lalalala said...

selamat berpuasa

ridz said...

slamat berpuasa to u 2